Wahai sahabat sekelian......
Satu masa dahulu, apabila kawan-kawan menyebut permainan golf, saya langsung tidak beri perhatian. Saya langsung tidak mempunyai minat terhadap permainan tersebut. Bapa saudara saya, juga seorang pemain golf. Pada satu hari saya telah pulang ke kampung dan berjumpa dengan abang ipar saya, beliau telah menceritakan kepada saya tentang keseronokan bermain golf. Apatah lagi beliau menunjukkan hadiah yang dimenanginya iaitu sebuah peti sejuk setinggi 7 kaki. Hebat tuuu. Dia telah memujuk saya supaya cuba untuk bermain golf. Untuk merealisasikan permintaan tersebut beliau telah memberikan saya set golf beliau yang tidak digunakan lagi.
Bermula dari saat itulah saya jatuh cinta dengan permainan golf. Saya telah belajar sendiri untuk bermain golf. Boleh dikatakan setiap hari saya turun ke 'driving range' untuk berlatih. Saya juga mencari maklumat di internet dan menonton teknik bermain golf untuk menjadi pemain golf yang baik. Bermula dengan handicap 24, kini saya boleh berbangga dengan mempunyai handicap 15. Dalam tempoh 4 tahun saya tidak lagi menoleh ke belakang. Kini saya meneruskan permainan golf dan menganggap ia satu hobi yang unik.
Bagi saya, bermain golf memberikan saya satu kepuasan dan ketagihan. Sentiasa ingin menghasilkan yang terbaik. Bagi yang belum mencuba mungkin tidak dapat merasakan nikmatnya. Tapi sekali kawan-kawan menyentuh kayu golf, pasti tidak akan dapat meninggalkannya. Sehingga hari ini saya masih lagi belajar untuk menghasilkan pukulan-pukulan yang terbaik bagi mendapat keputusan yang terbaik.
Saya telah menyertai banyak kejohanan golf yang dianjurkan oleh banyak pihak. Untuk tahun 2008, saya telah menyertai 10 kejohanan dan hanya satu sahaja yang terlepas peluang untuk mendapat hadiah. tiga dari kejohanan tersebut saya telah mendapat johan. Itulah nikmatnya bermain golf. Walaupun ada yang mengatakan golf adalah permainan bagi Golongan Orang Lemah Fikiran atau Golongan Orang Lupa Famili, tapi bagi saya golf adalah permainan yang mampu menunjukkan sifat dan etika sebenar seseorang pemain. Jika seseorang itu melakukan penipuan dalam permainan golf, maka tidak mustahil dia juga seorang penipu dalam kehidupan hariannya dan begitulah sebaliknya. For me golf is game with full of ethic. You will not know the satisfaction of golf, unless you try it. Bye........
No comments:
Post a Comment